.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI SEBAGAI TOKOH ILMUAN ISLAM

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  

Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau berketurunan Parsi.

Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui.

Al-Khwarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun (813-833 M) di Baghdad, al-Khwarizmi telah memberikan sumbangan-nya yang cukup besar sehingga beliau dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli sains Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi dan geografi.

Antara karya yang disumbangkan oleh al-Khwarizmi sepanjang hidupnya ialah Mafatih al-Ulum’, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah, Al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind, dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

SUMBANGAN
AL-KHWARIZMI

BIDANG MATEMATIK

Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-Ma’mum.

Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani.

Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab.

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik.  Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah).

Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.

BIDANG ASTRONOMI

Merupakan seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma’mun di Baghdad.

Tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet.

Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu. Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah) berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana.

Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini diperbuat drp batu marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat.

Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi sangat berkaitan dgn pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi sangat berguna.

Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran digunakan utk menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan utk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.

GEOGRAFI

Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi.

Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi. Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di Baghdad.

Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy.

Kitab ini lengkap dgn carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di langit. Kita ini juga menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara negara-negara.

Tazkirah: Siapakah Yang Paling Bijak Di Kalangan Kita?

Dr. Zakuan Zainy Deris

Tulisan ini didedikasikan buat murabbi tercinta Almarhum Ustaz Yahya Uthman Rahimahullah yang meninggalkan kami banyak hikmah yang sangat bernilai.

Pendahuluan

Persoalan siapakan yang paling bijak sering menjadi topik perbincangan. Semua orang mahu menjadi bijak dan tiada yang memilih untuk menjadi dungu dan bodoh. Kita sering membuat penilaian siapakah yang paling bijak. Banyak standard dan neraca yang digunakan untuk menilai siapakah yang paling bijak. Tetapi sebenarnya siapakah yang paling bijak?

 Disebut dalam satu hadis, Rasulullah SAW berkata

“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).

Dalam satu hadis yang lain disebutkan:

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Ohh rupa-rupanya orang yang bijak itu adalah yang bersedia untuk mati. Marilah kita mengkaji kenapa Rasulullah menyatakan itulah orang yang bijak.

Orang yang bijak melabur untuk keni’matan yang kekal

Bersedia untuk mati dan membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat meguntungkan. Ia lebih menguntungkan dari simpanan tetap di bank. Matawang di sana nanti berupa pahala dan liabilitinya adalah dosa.

Benarlah orang yang mengikut hawa nafsu itu orang yang ‘aajiz. Orang-orang ‘aajiz tidak bersedia untuk kehidupan hari esok. Dia cuma seumpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tiada simpanan dan tiada pelaburan untuk hari esok. Benarlah dia seorang yang  dungu.

Orang yang ‘aajiz akan memperbanyakkan kelazatan sementara dan tertipu dengan kelazatan tersebut. Mereka seronok mengumpul kelazatan tersebut kerana sangkakan boleh dibawa ke dalam kubur. Mereka mengumpul kekayaan tanpa mengira bagaimana dan dari mana sumbernya. Mereka menipu, korup, menyeleweng, mencuri atau merompak hanya untuk mendapatkan kekayaan tersebut.

Benarlah apa yang disebut oleh Allah:

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Al Takatsur: 1-5)

Dengan mengingati mati, akan mengelakkan kita terpedaya dengan kelazatan sementara ini. Dalam satu hadis lain Rasulullah menyatakan:

“Perbanyakkanlah mengingati penghapus kelazatan iaitu mati” (Sunan al Tirmizi: 2307; Sunan Ibn Majah: 4258). Jadi berbicara pasal mati memang tidak digemari oleh nafsu dan penggemar ni’mat sementara. Sesetengahnya menganggap sebagai antiklimaks, antiestablishment, mundur, kuno, tidak maju dan sebagainya. Padahal, mereka tertipu dengan nafsu shahwat dan kelazatan sementara.

Detik saqratul maut

Firman Allah:

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.” (Al Anbiyaa’: 35).

Dalam ayat lain disebutkan:

“Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185).

Ada juga Allah memberi peringatan dalam bentuk lain seperti:

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan yang kekal hanyalah tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? ” (Al Rahman 26-28);

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kota yang tinggi lagi kukuh” (al Nisa 78) ataupun

“Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali” (Al Baqarah 156)

Semuanya menggambarkan manusia tidak dapat lari daripada detik kematian. Mereka sudah melihat detik saqratul maut orang di sekeliling mereka. Tetapi mereka masih lagi leka dan tidak mengambil pengajaran daripada kematian tersebut.

Detik saqratul maut berbeza dari seorang dengan orang yang lain mengikut amalan semasa hidupnya mereka. Secara umumnya kedatangan maut ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau didahului dengan amaran. Tanda-tanda kematian ini boleh jadi berupa penyakit dan penderitaan yang memerlukan kesabaran. Kematian boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Berapa banyak kemalangan atau bencana alam berlaku ketika manusia sedang berfoya-foya. Semuanya akan menghadapi kematian samada bersedia ataupun tidak.

Detik saqratul maut adalah menyakitkan. Kita boleh melihat bagaimana saudara kita menghadapi kematian. Bagi mereka yang engkar dan kufur, kematian itu lebih menyakitkan lagi. Firman Allah:

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?” Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; Serta kedahsyatan bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Al Qiyamah 26-30)

Kematian bukan kesudahan satu drama

Orang-orang kafir sangkakan kehiduapan ini cuma pementasan drama. Apabila berakhir drama, tirai ditutup dan berakhirkan kisah tersebut. Firman Allah:

“Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)”. (Qaf 3)

Kematian bukanlah kesudahan satu drama. Ataupun pengakhiran satu kehidupan. Tetapi kematian adalah untuk memenuhi agenda kehidupan manusia. Firman Allah

“Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali” (Al Baqarah 156). Mereka akan dibalas oleh tuhan hasil penuaian aktiviti mereka di atas muka bumi. Firman Allah:

“Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (al Qiyamah 36)

Kesudahan akhirnya akan kepada dua iaitu samaada syurga atau neraka. Bagi ahli neraka Allah sebutkan

“Ingatlah, sesungguhnya pokok Zaqqum, -(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): ‘Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. ‘Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak’.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): ‘Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)’(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): ‘Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!”(Al Dukhan 43-50).

Bagi ahli syurga pula disebut:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya, Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.(Al Dukhan 51-57)

Mengingati mati sebagai motivasi diri

Kita sudah sebutkan sebelum ini bahawa ulang mengulang mengenai kematian ini bukanlah untuk menakut-nakutkan, atau melemah-lemahkan atau membuatkan ummah tidak produktif dan menunggu saat kematian. Tetapi inilah agenda kehidupan yang mesti ditempuhi dan inilah sumber motivasi begi setiap muslim. Mengingati mati adalah tanda orang yang bijak dan berakal.

1.       Ingat mati semasa letih berusaha
Dikala letih berusaha, ingatlah saat kematian. Kehidupan dunia adalah untuk menyemai benih yang bakal dituai diakhirat nanti. Dunia adalah tempat berusaha, bekerja, bercucuk tanam ataupun melombong. Dunia adalah tempat untuk mencari bekalan untuk perjalanan yang sangat jauh. Firmah Allah:

“Dan hendaklah kamu berbekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa; dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal” (al Baqarah 197). Sepatutnya tiada masa rehat didunia melainkan dipenuhi dengan kewajiban yang tidak kunjung tamat. Kewajiban ini boleh jadi tugasan umum atau ibadah khusus. Semuanya sepatutnya menjadi asek taqwa dan akan dijadikan bekalan selepas kematian nanti. Kerana sifat ibadah kita kepada Allah bukan terhad kepada ibadah khusus semata-mata. Apabila letih berusaha, ketahuilah bahawa inilah masa yang sesuai untuk menimba bekalan kerana kemungkinan esok, sudah tiba saat kematian yang kita tidak boleh berusaha lagi. Dunia adalah tempat berusaha dan kematian adalah tempat istirehat bagi orang mu’min.

2.       Ingat mati semasa mengalami masalah dan kedukaan
Dunia dipenuhi dengan masalah, kedukaan dan kegagalan. Ingatkan mati adalah kerinduan kita untuk mendapat keni’matan yang sebenarnya. Kita mengingati mati untuk bertemu kekasih yang sedang menunggu. Penderitaan yang kita alami dan mehnah yang dihadapi dalam rangka kerja untuk taqwa kepada Allah adalah sangat ringan berbanding dengan kerinduan kita untuk bertemu dengan pencipta kita. Apalah nilaian penderitaan kita berbanding dengan penderitaan orang yang berjaya didunia tetapi gagal di akhirat.

Apalah nilaian makhluk yang membebankan kita atau yang mendukakan kita berbanding dengan keasyikkan untuk bertemu tuhan. Makhluk tersebut terlalu kerdil berbanding dengan kekasih kita yang sedang menunggu. Makhluk tersebut terlalu rendah nilainya berbanding dengan kekasih kita yang menjadi pencipta kita dan maakhluk tersebut.

Kita juga mengerti bahawa setiap kesabaran kita dalam menghadapi masalah akan diberikan ganjaran oleh Allah apabila kita bertemu dengannya selepas kematian nanti. Kematian kita kelak akan menamatkan penderitaan, kegagalan dan kedukaan yang sementara itu. Kematian itu akan menghadiahkan kita pahala atas segala kesabaran.

3.       Ingat mati semasa leka dengan kehidupan dunia
Semasa melakukan tugasan kita untuk mencari bekalan kepada perjalan yang panjang, kerap kali kita terleka dengan kehidupan dunia yang fana ini. Ingatlah mati, kita akan kembali semula ke landasan yang sewajarnya. Di kala melakukan maksiat, ingatlah mati, apa jawaban kita kepada Allah.  Di kala berbangga dengan kejayaan sementara, ingatlah mati, adakah kejayaan itu akan berterusan. Di kala kagum dengan diri sendiri, ingatlah mati, ingatlah kelemahan diri bila bertemu dan mengadap Allah. Dengan kita tidak terleka dan mempunyai jati diri dalam menghadapi suasana kehidupan.

Wasiat bagi orang yang bakal mati

Akhirnya, selaku orang yang telah bertunang dengan kematian, bersedialah untuk berkahwin dengannya. Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita buat apabila kita menghadapi saqratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Adakah kita mahu mereka mengadakan pesta di saat kematian kita? Adakah kita mahu mereka menunjukkan kemewahan yang kita berikan kepada mereka di saat tersebut? Atau bagaimana? Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi saqratul maut.

Penutup

Tulisan ringkas ini adalah tazkirah buat diri ini yang sering lupa tujuan kehidupan. Kita hidup bukanlah kerana kita yang minta untuk lahir ke dunia. Tetapi kita diarahkan lahir dan kita juga diarahkan menerus agenda kehidupan nanti. Firman Allah:

“Bagaimana kamu tergamak engkar kepada Allah padahal kamu dahulunya tiada, kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” (Al Baqarah 28).

Rujukan/Bacaan lanjut

Bey Ariffin, Kehidupan Sesudah Mati.
Aid Al Qarni, Jangan Bersedih
Pahrol Mohamad Juoi, Celik Mata Hati
Be Sociable, Share!

Kata-kata Ringkas Dengan Makna Yang Mendalam Katakannya

1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda.

Sekadar gambar hiasan 👇
Jutawan internet, Irfan Khairi pernah bertanya pelajarnya, jika anda diberhentikan kerja, berapa lama anda boleh ‘survive’ dengan simpanan yang ada?

Ada yang menjawab, 1 bulan, 2 bulan, 6 bulan dan amat sedikit yang lebih dari setahun.

Oleh itu, tidak kiralah banyak mana pendapatan anda setiap bulan. 4 atau 5 angka, jika anda tidak menyimpan setiap bulan secara tetap, anda masih lagi dalam masalah kewangan.

Sekiranya berlaku kecemasan, contohnya diberhentikan kerja (kes benar), apakah pelan B anda dan bolehkah anda ‘survive’ dengan simpanan yang anda ada?

Oleh itu, saya selalu tekankan tip kewangan ini : Simpanan kekal (yang tidak boleh diusik) perlu ada sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan kita.

Tapi, ramai yang mengatakan ia mustahil, kerana gaji sekarang pun tidak cukup, apatah lagi mahu menyimpan?

2 Cara Untuk Menyimpan Walaupun Duit Gaji Tak Cukup

Ini 2 cara untuk keluar dari masalah wang gaji tak cukup :

Ubah cara kita berbelanja – perlu berbelanja pada yang perlu sahaja dan mula berjimat

Belanja kurang daripada baki pendapatan (selepas tolak simpanan). Jika berbelanja melebihi wang gaji, bagaimana ingin menyimpan?

Duit gaji tak cukup juga untuk disimpan? Teruskan langkah kedua…

Tambah pendapatan sampingan
Pendapatan sampingan boleh diperoleh dengan kerja ‘part-time’atau dengan berniaga ‘part-time’.

Kerja kedua adalah pelan B untuk kita tambah pendapatan dan mula menyimpan wang lebih banyak. Dan simpanan terbaik yang lebih kekal (supaya kita tidak ambil balik wang yang disimpan) ialah dengan tukarkan wang kepada emas.

ALASAN 1 : Saya tak ada masa.

Ini adalah alasan kenapa ramai yang gagal.

Jika mahu sesuatu, berhenti buat alasan tapi cari jalan penyelesaian.

Sudah pasti anda perlu berkorban ‘masa lapang’ anda di luar waktu bekerja untuk tambah pendapatan.

ALASAN 2 : Saya tidak tahu nak berniaga apa.

Ini adalah alasan kedua. Pilih satu perniagaan yang sesuai dengan masa yang kita ada. Contohnya, saya hanya ada masa waktu tengah malam kerana saya bekerja pada waktu siang.

Jadi, saya korbankan masa tengah malam saya dan hujung minggu beberapa jam sehari untuk berniaga di internet. Kenapa di internet? Sebab saya tak perlu keluar rumah, kos rendah dan masa yang fleksibel.

Anda tentukan perniagaan apa yang anda ingin fokus. Dropship, affiliate, bisnes fizikal, bisnes digital, servis, bisnes makanan, topup, insuran, dan banyak lagi.

Pilih yang anda mampu lakukan dan buat sampai jadi.

ALASAN 3 : Saya tidak pandai berniaga dan selalu gagal.

Gagal maknanya kita hampir pada kejayaan. Jika tidak pandai, carilah guru iaitu mentor anda yang boleh bantu anda. Sudah pasti perlu keluarkan sedikit wang untuk belajar. Lebih baik habis wang untuk belajar daripada habis wang gagal atau try-error sendiri.

Saya juga sentiasa belajar dan ‘labur wang’ untuk dapatkan ilmu terbaru dalam bidang saya.

Salah satu kenapa income tak naik-naik, adalah sebab kita berhenti belajar.

Tidak mahu belajar, bermakna sedang ‘belajar’ untuk gagal.

ALASAN 4 : Saya dah belajar tapi kenapa tiada hasil yang hebat?

Anda mungkin belajar sahaja, tapi belum praktis ilmu yang dipelajari betul-betul.

Dan ingat, kejayaan perlukan usaha dan masa.

Usaha sedikit sahaja, tapi sudah nak hasil?

Rezeki yang DERAS akan datang apabila kita sudah sedia dari segi ilmu (minda), jiwa (hati bersih) dan juga tindakan yang HEBAT dan LUARBIASA. Boleh baca buku FLR : Formula Luas Rezeki tulisan saya untuk hidupkan 3 kekayaan ini – KAYA MINDA, KAYA JIWA DAN KAYA HARTA dalam diri anda. InsyaAllah.

Apa seterusnya?

Matlamat kita adalah bina pendapatan kedua dan tingkatkan simpanan untuk kita, keluarga dan agama.

Setelah matlamat ada, belajar dan praktikkan.

Dalam blog ini, saya berkongsi pelbagai bisnes yang boleh anda pilih SATU sahaja dan mula bina sampai berjaya.

Saya juga kongsikan mentor-mentor yang sesuai dalam kepakaran dan bidang yang mereka mahir. Anda boleh dapatkan produk mereka atau terus berguru dengan mereka.

10 Sebab Anda Perlu Ada Pendapatan Kedua!

1. Anda ada lebih wang dan tidak lagi fikirkan masalah selalu tidak cukup wang/ tidak cukup wang gaji.

2. Anda boleh simpan lebih wang. Dan boleh beli lebih banyak emas 🙂

3. Anda boleh laburkan wang.

4. Anda boleh cover hutang lebih cepat. Dan berhenti buat hutang baru.

5. Anda ada pelan kecemasan sekiranya sakit atau di berhenti kerja.

6. Anda ada bisnes anda sendiri dan anda akan jadi BOS sendiri

7. Ada yang berniaga sampai pendapatan kedua melebihi pendapatan utama mereka. Akhirnya, bukan bos pecat mereka, tapi mereka yang pecat bos.

8. Anda boleh gandakan lagi pendapatan menjadi pendapatan ketiga dan seterusnya. Mesti dengan ilmu.

9. Anda boleh buat apa yang anda minat. Mungkin kerja pertama anda sekarang tidak yang anda minati, jadi kenapa tidak pilih satu lagi kerja yang anda minat secara part-time.

10. Anda belajar berniaga. Ilmu perniagaan sangat luas. Anda pasti kaya dengan pengalaman di samping lebih ramai kenalan, dan paling penting ada pendapatan yang anda ‘bina’ sendiri.

Dan banyak lagi kelebihan lain apabila anda memilih untuk membina pendapatan kedua.

Semoga anda kaya berjaya dan salam kejayaan. 🙂

Via : Zulpress

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris 1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?) 

JAWAPAN SALAH: "Because I like to work here. I like this job. I love this industry" 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 

I've always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision. 

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda) 

JAWAPAN YANG SALAH: 

"My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before." 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 

"My name is Carla and I'm 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven't had any working experience, I've spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I'm hoping to be given a chance to experience the real world of business” 

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?) 

JAWAPAN SALAH: 

“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare" 

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan. 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company." 

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?) 

JAWAPAN SALAH: 

“Relaxing in Maldives" atau “Being a boss in this company" APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 

"I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field 

5. What's your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?) 

JAWAPAN YANG SALAH: 

“I tend to put things to the very last minute.” 

PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda. 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 

"I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time" 

6. What salary are you looking for? 

JAWAPAN YANG SALAH: "I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city” 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: "I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working expenence”

7. Why should I hire you? 

JAWAPAN YANG SALAH: "Because I'm the best candidate” atau "Because you're hiring" 

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: "I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges."

Via : Iklan dan kerjaya

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar 

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir. 

-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir". -banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim. 

-ka|au hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat. 

-apabi|a seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. 

-nama biliknya "Sel akhir". 

-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari lsnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja. 

-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." -ianya mesti prosedurnya begitu. 

-ka|au hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman. 

-ka|au Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja Iagi. -org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah. 

-sbb apa tuan’? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. 

-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah Iagi. -Ba|ik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang2 

dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg2. -Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. 

-sentiasa membaca Al-Quran. 

-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan 8. nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata. 

"Saya banyak dosa ustaz" 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya." 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz". 

-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang. 

~So|atnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT. 

-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari. Tuan2 dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. 

-malam itu kita nak tidur lagi tuan2? Tak tidur dah. -manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan2.

-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. 

-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. 

-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua. 

-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua. -sbb dia tau untuk bertaubat bila. 

~dia boleh bertaubat, Alhamdulillah. 

-majoritil manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK
sempat bertaubat pd Allah SWT. 

-tak tau bila nak mati. 

-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah. 

"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kdeu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!". -maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia. 

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 . 

-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih. 

-tuan2 banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK Iagi akan memesan apa2 makanan Iagi. Dah tak lalu makan dah. 

-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur. -selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi. 

-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. 

-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. 

-itu Rahsia Allah. 

-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. 

-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya. 

-tuan2 bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. 

-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??. 

-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam? 

-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ; 

"Maafkan ayah...Maafkan ayah". 

-bi|a peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja. 

-nak kemaafan sahaja disaat2 akhir ini. 

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung. ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita 

semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT. 

Wallahua'lam. #Share 

Via : Ustaz Abdullah Khairi

Antara azam Tahun Baru 2017 Yang Anda Boleh Buat

Apakah azam yang anda nak buat? Di dalam artikel ini, saya senaraikan beberapa azam yang anda boleh dapatkan pada tahun 2017 nanti.

1. Jimat RM 150 sebulan (atau apa-apa nilai yang anda rasa boleh anda buat)

Nekadkan dalam diri anda yang anda akan jimat duit tahun ni. Saya ada senaraikan 14+ tips untuk simpan duit.

Jimat duit penting supaya anda dapat bersedia untuk waktu sukar yang akan datang.

Anda boleh juga gunakan duit tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu seperti melancong dan melabur ke dalam hartanah.

Tu azam tahun baru pertama yang anda boleh buat. Yang kedua…

2. Buat blog pertama anda
Sekarang ni nak buat blog tak susah. Senang sahaja terutama sekali kalau anda gunakan WordPress. Saya dah buat satu panduan mudah menggunakan WordPress yang boleh membantu anda mulakan perjalanan blog anda.

Dah buat blog anda sendiri? Mungkin azam tahun baru saya senaraikan selepas ini sesuai untuk anda…

3. Buat duit pertama anda di Internet
Pada zaman subsidi yang semakin berkurangan ini, (saya pernah tulis yang satu hari nanti kita takkan ada subsidi langsung), anda patut cuba buat duit di Internet.

Dan dalam apa bentuk intervensi pasaran, ini adalah hakikatnya: Subsidi AKAN HILANG SUATU HARI NANTI. – Harga Minyak RON95 Akan Naik Lagi
Selain daripada kewangan, kita kena tengok badan kita juga…

4. Menjadi lebih sihat

Menjadi lebih sihat ini termasuklah turunkan berat badan. Menjadi lebih sihat ni lebih holistik sedikit sebab kalau turunkan berat badan sampai rendah sangat pun masalah juga.

Mungkin ini azam tahun baru yang boleh menguatkan diri anda supaya anda boleh kejar semua azam anda yang lain. Lagi kuat badan, lagi bagus untuk anda. Lagi banyak benda boleh buat.

Kan?

Kadang-kadang ada yang kurus sangat sampai menakutkan orang lain yang tengok. “Macam penagih”, orang selalu kata kalau nampak orang yang sangat kurus.

Untuk sihat ni ada tiga komponen yang anda kena fikirkan iaitu: diet, aktiviti fizikal dan genetik anda.

Yang anda boleh ubah ialah diet dan aktiviti fizikal anda. Apa yang anda makan, senaman yang anda buat. Adakah anda aktif ataupun tidak? Genetik tu anda tak boleh ubah, tapi kalau anda tahu apa penyakit yang anda cenderung kena, lagi bagus supaya anda boleh menyediakan badan anda untuk penyakit-penyakit tu.

Dalam blog ni pun saya ada senaraikan senaman. Buah-buahan yang boleh anda jadikan untuk menggantikan makanan ringan pun saya ada.

5. Kenal lagi ramai orang
Lagi ramai orang yang anda kenal, lagi banyak kemungkinan untuk sesuatu hubungan baru untuk terjalin.

Ini termasuklah hubungan romantik, hubungan kerjasama perniagaan, kerja baru, teman serumah baru (kalau anda perlukannya), dan macam-macam lagi.

6. Rapatkan hubungan dengan isteri
Kalau anda dah kahwin, kenapa tak azam tahun baru 2017 ni anda cuba rapatkan diri dengan isteri? Mungkin kalau dia rasa anda pinggirkan dia, anda boleh cuba ubah diri anda sendiri.

Cuba buatkan dia rasa yang anda ada untuk dia dan tak hanya kerja semata-mata ataupun dengan kawan-kawan je.

Via : kokotiam

SEDEKAH

1 sedekah digandakan 700, Allah s.w.t gandakan sekali ganda menjadi 1400. Utk mencari saham akhirat sebyk 1,000,000 memerlukan hanya 714.285

Belum lagi dicampur pahala ber 'niat' yg baik pn dpt pahala, pahala bersangka baij, pahala menolong org, pahala 27x ganda 1 fardu berjemaah di Rumah Allah, pahala ulang alik ke masjid seperti pahala berjihad, pahala berbuat baik dgn ibubapa, pahala berkata yg baik2, pahala bersama anak & isteri, pahala membelanjakan harta pd jln Allah.

Doakan umat islam di bumi Syria dilindungi olehNYA. Kerana peperangan antara 2 org 'Al-masih' akan berlaku di sana kelak.

********************************************************

Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah

Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Rasulullah SAW, beliau bersabda :

 “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

2. Dapat berteduh di hari kiamat

Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. 

Rasulullah SAW bersabda :

 “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak

Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
 “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”(HR. Muslim)

4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur

Rasulullah SAW bersabda:
 “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Rugi Kalau Tak Baca

5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
 “Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]

6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka

Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. 

Rasulullah SAW bersabda:

 "Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah" [HR. Bukhari dan Muslim]
Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut. 

Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil.

Namun begitu, ramai yang terlupa akan realiti bahawa hasil dari idea perniagaan kecil, boleh jadi perniagaan besar. Lalu mereka leka memikirkan idea perniagaan besar, tunggu dan tunggu kesempurnaan sebelum bermula, untuk terus menghasilkan perniagaan besar sekali gus.

Jika kita sedar bahawa diri yang dah besar panjang ini sebenarnya bermula daripada seorang bayi yang kecil, maka kita juga sepatutnya sedar akan potensi perniagaan kecil, yang sedang atau akan kita laksanakan nanti, boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.

Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar. Mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya.

Berikut adalah senarai idea perniagaan kecil yang boleh dipertimbangkan:

Perniagaan kopi – banyak jenis atau model perniagaan kopi ni. Boleh buat kedai kopi, boleh buat serbuk kopi tradisi goreng kat rumah dan lain-lain. Pencinta kopi memang ramai, ada yang suka kopi original dan ada yang suka kopi ala-ala Malaysia. Ada satu kedai di Taman Tun Dr Ismail yang saya minum dengan kawan menjual semua jenis minuman kopi… hanya kopi. Mereka siap anjurkan kelas mengajar ilmu berkenaan kopi dan bagaimana merasa kopi. Menarik perniagaan kopi ini.

Perniagaan teh – Sebut teh, semua akan terbayangkan Teh BOH atau Teh Lipton. Mereka dah besar sangat dan ada ladang sendiri. Tapi jika kita kreatif, boleh cari Teh menarik buatan luar atau tempatan dan jadi ajen. Kalau kena strategi tentu boleh dijual. Saya pernah pertimbangkan nak jadi pengedar Teh Mekah satu masa dulu. Kalau yang pernah ke Mekah tentu kenal Teh Rabia, memang terkenal kat sana. Tapi projek tu terhenti sekerat jalan. Tak tau pulak siapa yang jadi ajen Teh Rabia kat Malaysia sekarang.

Perniagaan milo – Minum milo anda jadi sihat dan kuat!, semua pernah dengar moto tersebut. Sebenarnya Milo adalah jenama dan perniagaan sebenarnya adalah minuman koko. Ada orang yang tahu teknik bancuhan koko ini sampai sedap diminum macam air milo. Kalau kita ada ilmu bancuhan tersendiri, kita boleh buat jenama sendiri dan pasarkan kecil-kecilan minuman koko. Kenalah cari nama yang sesuai. Tapi susah rasanya nak buang perkataan Milo dari minda rakyat kita.

Perniagaan susu kambing – Ini perniagaan yang dah mula popular sekarang. Ia lebih dikaitkan dengan kesihatan. Ada saudagar susu kambing besar di Indonesia yang tawarkan pada saya untuk jadi ajen susu kambing keluaran mereka untuk dipasarkan di Malaysia. Tapi rasanya kat Malaysia juga ada jenama susu kambing yang berjaya dan besar perniagaan mereka, Higoat. Cari pengeluar susu kambing dan cipta jenama sendiri dan pasarkan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan penempatan. Kalau kena tekniknya tentu boleh membesar dan berjaya. Tak payah bela kambing pun untuk itu.

Perniagaan minuman botol berperisa – Perniagaan kecil minuman botol memang ada potensi untuk menjadi perniagaan besar. Lihat saja Coca-Cola, Pepsi, F&N, Red Bull dan banyak lagi. Mereka berjaya ke tahap dunia. Ramai usahawan kecil di kampung berjaya naik dengan mula membotolkan minuman berperisa. Ini industri mudah untuk dipasarkan jika kita rajin. Ada banyak kilang yang boleh kita outsource untuk membotolkan jenama minuman kita sendiri. Mulakan dengan menghantar ke kedai-kedai makan berhampiran dan seterusnya mengorak langkah lebih jauh.

Perniagaan air mineral – Ini perniagaan yang kadangkala pelik. Bayangkan jika diceritakan pada tok nenek kita ada orang jual air kosong untuk diminum, tentu mereka hairan. Tapi minuman mineral atau air minuman biasa yang kosong ini menjadi perkara biasa di seluruh dunia. Masih ada banyak ruang untuk sesiapa saja masuk dalam industri ini. Tak perlu keluarkan duit untuk sedut air dari bumi, cukup sekadar outsource pada kilang pengeluar air minuman dan bina jenama kita sendiri. Mulakan dengan hantar ke kedai-kedai runcit berhampiran sebelum negorak langkah lebih jauh.

Perniagaan air buah-buahan – Di bulan ramadan, perniagaan air buah-buahan ini amat laris. Orang yang sedang puasa akan terliur melihat bagaimana proses air buah dilakukan di bazar ramadan. Industri ini juga amat besar. Siapa tak kenal Marigold, sedap air buah limaunya yang berpulpa. Anda juga boleh mula buat jenama sendiri samada proses sendiri secara kecil-kecilan di rumah atau outsource pada kilang yang sedia ada.

Perniagaan air bertenaga – Ada seorang kawan yang buat sendiri formula air bertenaga dengan jenamanya sendiri. Takmsilap saya dia namakan sebagai “Charge”. Dia berjaya edarkannya ke rata tempat, tapi dek kesilapan pengurusan perniagaan, dia tewas. Tapi dia masih belum tamat, dia turun dan mulakan semula dan kali ini dengan outsource pada kilang lain. Anda juga boleh buat perkara sama. Bukan formula yang utama, tapi ilmu niaga dan ilmu pengurusan perniagaan yang lebih penting. Mula kecil-kecilan untuk belajar sebelum pergi jauh.

Perniagaan kek – Dulu jarang kita lihat orang jual kek di pasar malam. Malah tak terfikirpun orang nak beli kek dan makan hari-hari macam sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh.

Perniagaan biskut homemade – Ini juga sama macam perniagaan buat kek di atas. Ada yang punya formula turun temurun buat biskut. Ada yang mampu buat biskut kalah Chipsmore, tapi tak reti pasarkannya. Ada juga yang tak reti uruskan pengeluaran secara besar-besaran. Kalau anda ada ilmu dan kesungguhan untuk berniaga, cari saja orang yang ada resepi rahsia sebegini dan suruh dia buat pengeluaran dan anda buat pemasaran.

Perniagaan roti bun homemade – Semua orang dah boleh buat roti bun sendiri sekarang. Kena ada modal sikit untuk sediakan peralatan dan alat pembakar roti. Saya kenal kawan yang laburkan sedikit wang untuk belajar dan beli peralatan untuk buat roti bun, kemudiannya mula jual secara kecil-kecilan sampai mampu menjana wang yang agak baik. Ada banyak cara untuk pasarkan roti bun ini, termasuklah dengan meletakkan di kantin sekolah, restoran berhampiran dan seumpamanya. Bila pasaran dah besar, boleh tempah di kilang buat roti bun yang besar untuk dipasarkan dengan jenama sendiri pula.

Perniagaan coklat homemade – Ini satu lagi perniagaan yang menarik. Ramai dah pandai buat coklat sendiri dan kalau tak pandai boleh beli vcd ebook yang menurunkan ilmu buat coklat. Pasarkan di FB atau bawa ke pejabat untuk dijual secara kecil-kecilan. Ramai orang suka coklat ini. Di Langkawi, pasarayanya banyak menjual berbagai jenis coklat dan jika anda kreatif boleh tiru mana yang sedap dan buat jenama anda sendiri.

Perniagaan kuih frozen – Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu

Perniagaan roti canai frozen – Di kampung saya roti canai frozen sering dijual di tempat pengajian di mana ramai orang tua-tua yang pergi belajar agama di sana. Antara tawaran unik yang penjual itu tawarkan adalah roti canai buatan Melayu Muslim dan dijamin suci bersih. Orang tua di situ tak suka makan roti canai di kedai mamak, oleh itu roti canai frozen yang bersih itu mendapat sambutan hangat. Orang beli bawa balik rumah dan panaskannya kalau nak makan. Simpan dalam peti sejuk kalau tak naka makan lagi. Ini juga satu perniagaan yang boleh bermula secara kecil.

Perniagaan pizza frozen – Ramai juga orang yang dah mula jual pizza di pasar malam. Pizza dan jadi makanan biasa bagi masyarakat kita. Biasanya pizza yang ditawarkan adalah jenis pizza Amerika yang tebal rotinya. Jarang saya lihat pizza Itali yang nipis dan lazat. Tak kisah samada pizza ala Amerika atau ala Itali, anda boleh buat pizza frozen dan boleh edarkan di pasar malam atau pasarkan sendiri pada kenalan atau di internet.

Perniagaan murtabak frozen – Murtabak ada berbagai jenis, ada jenis mamak, ada jenis Melayu dan lain-lain lagi. Kalau di pasar malam, orang cuba perkenalkan jenama murtabak mereka dengan berbagai jenama. Ada satu murtabak frozen yang saya lihat agak popular satu masa dulu. Mereka namakan sebagai murtabak Singapura. Tapi proses buat murtabak ini agak mencabar kerana anda tak ada pilihan selain daripada perlu memasaknya terlebih dahulu. Kalau ramuan urtabak anda sedap dan tahan lama, insyaallah boleh mendapat sambutan.

Perniagaan burger – Ini perniagaan yang senag sangat untuk diceburi oleh sesiap saja di negara kita. Dari Johor sampai ke Perlis, kita boleh lihat ada ratusan ribu peniaga burger yang menggunakan konsep stall burger. Mereka mula berniaga di tepi jalan, tepi restauran tepi taman bila menjelang waktu petang. Industri ini anyak membantu perkembangan daging burger Ramly satu masa dulu. Anda juga boleh mulakan perniagaan burger dengan mudah. Malah jauh lebih mudah daripada perniagaan roti canai.

Perniagaan popia – Ini bukan satu industri kecil. Popia amat terkenal di negara kita dan kalau kena gayanya popia anda boleh menjadi pilihan ramai. Kalau di Giant Shah Alam, saya lihat satu kiosk popia yang dijual oleh orang muda. popia mereka mendapat sambutan menggalakkan walaupun dijual dengan harga RM1 satu. Kalau anda lewat, semua popia akan habis terjual.
Perniagaan putu piring – Peniaga putu piring di pasar malam Puchong tak pernah berhenti buat kerja sejak gerainya dibuka sampailah habis kesemua putu piringnya. Begitulah larisnya perniagaan putu piring di pasar malam Puchong. Peniaga putu piring di kampung saya di Pekan Penanti Bukit Mertajam dah dua keturunan meneruskan perniagaan yang sama sampai sekarang. Ertinya pasaran putu piring sentiasa ada kalau anda ada kemahiran buat putu piring. Mulakan dengan kecil-kecilan dan fikirkan bagaimana nak besarkan perniagaan putu pirng tersebut.

Perniagaan putu buluh – Dulu putu buluh agak jarang berbanding dengan putu piring dijual di tepi jalan dan pasar malam. Tapi sekarang nampaknya ada bermacam jenama putu buluh samada di Port Dickson, Melaka, Gombak, Ulu Langat dan banyak tempat lagi. Ini juga satu perniagaan unik menarik yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Jangan lupa bagaimana perniagaan boleh dikembangkan sampai ianya membesar.

Perniagaan putu mayam – Biasanya putu mayam hanya dijual oleh orang India samada dengan naik motosikal ataupun naik basikal. Sekarang ramai sudah orang Melayu yang jalankan perniagaan putu mayam di pasar-pasar malam. Cuma saya jarang lihat orang Melayu naik motosikal atau van pick-up pasarkan putu mayam mereka secara mobile. Ini satu perniagaan menarik yang memang ada pasaran dan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan boleh difikirkan bagaimana nak dibesarkan.

Perniagaan tauhu – Seingat saya tauhu halal yang dibuat oleh orang Melayu hanya popular apabila pertubuhan Al-Arqam berusaha melakukannya dan memasarkannya. Kini dah ramai orang Melayu pandai buat tauhu. Ada banyak penjaja sayur-sayuran menjual tauhu di pasar-pasar malam. Kalau anda boleh buat tauhu, ada potensi yang mudah untuk menjualnya secara borong pada para penjaja dan juga kedai-kedai runcit di kawasan berhampiran tempat anda tinggal.

Perniagaan tau fu fa – Dulu Tau Fu Fa ni orang Melayu tak berapa kenal. Tapi sekarang ramai yang menjualnya di pasar-pasar malam. Ada yang buat sendiri dan menjualnya menggunakan lori pick-up, ada juga yang hanya ambil daripada orang lain dan memasarkannya secara kecil-kecilan. Makanan ini tak menjemukan malah kanak-kanak amat menggemarinya. Jika anda mulakan perniagaan ini, insyaallah tak ada masalah terhadap pasarannya. Boleh cuba selalu.

Perniagaan buah-buahan – Dari zaman saya kanak-kanak sampai sekarang ada berbagai model perniagaan buah ini telah saya lihat. Ada yang jual buah secara longgok dan ada pula yang jual buah secara dikupas dan dimasukkan dalam plastik. Malah sekarang ada yang jual kedua-dua konsep di atas. Pasarannya tetap ada samada di tepi jalan atau tumpang disebelah kedai makan orang. Pastikan buahnya segar dan dapat menghilangkan dahaga. Mungkin boleh gabungkan sekali buah kupas, buah longgok dan air buah, tentu manarik. Atau paling mudah tanam pokok buah dan jual pada pemborong. banyak konsep dalam penjualan buah ini. Be creative dong!

Perniagaan makanan pasar malam – Antara perkara paling laris tak menang tangan di pasar malam ada perniagaan makanan. Lihat gerai jual mee, mihun, nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu taukeh. Siapa buat sedap dan pantas servisnya dia akan dikerumuni orang ramai. Fikirkan apa saja makanan rutin, jual di pasar malam insyaallah ada jalan.
Perniagaan jual air minuman pasar malam – Ini satu lagi gerai yang sentiasa laris. Kecuali di hari hujan, gerai jual air ini sering sibik. Cara persembahan airnya amat menarik sekarang berbanding cara dulu. Orang suka kalau ada berbagai jenis air pilihan. Lagi banyak lagi meriah. Saya kenal ramai usahawan berjaya dengan menjadi taukeh besar restoran sekarang ini bermula dengan hanya menjual air di pasar malam atau tapak keramaian.

Perniagaan baju kurung – Orang perempuan ramai yang boleh buat baju kurung. Tapi tak ramai yang ada ilmu pemasaran dan tak ada strategi untuk kembangkan kemahiran itu jadi satu perniagaan. Biasanya mereka hanya sibuk pada musim raya sampai tak menang tangan dan banyak potensi jualan terbuang begitu saja. Jika anda kreatif, cuba mula tempa baju kurung sedikit demi sedikit dan cuba fikirkan design yang bakal mendapat sambutan dengan buat sample dan pasarkan dalam internet. Mana yang laku itu bakal jadi top produk anda.

Perniagaan pakaian kanak-kanak – Tak payah pandai buat pakaian kanak-kanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini lebih kerap  kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak bukanlah satu perniagaan bermusim.

Perniagaan pakaian perempuan – Pakaian perempuan lebih umum berbanding pakaian baju kurung. Ada banyak rekaan pakaian sekarang dan antara yang tegah hot adalah jubah dan pakaian muslimah berkain cotton. Orang perempuan lebih kerap membeli berbanding orang lelaki, jadi berniaga saja barangan untuk orang perempuan memang ada potensi besar.

Perniagaan pakaian dalam perempuan – Ini satu lagi perniagaan ang cukup besar pasarannya. Ada berbagai jenis pakaian dalam perempuan jika kita selidiki. Ada berbagai pasaran untuk berbagai kumpulan sasaran ang berbeza. Jual online pakaian dalam seksi untuk para isteri melelehkan airliur suami tentu salah satu idea yang menarik untuk dicuba.

Perniagaan tudung – Siapa sangka perniagaan tudung wanita muslimah boleh cecah jutaan ringgit sebulan. Tapi tudung Fareeda telah buktikannya. Mereka ada strategi tersendiri untuk modelkan semula perniagaan tudung dengan suntikan idea dunia fesyen ke dalamnya. Perniagaan tudung ini amat menarik dan boleh dimulakan dengan segera secara kecil-kecilan dan boleh dijual secara online. Selami dunia model dan fikirkan semua model perniagaan tudung yang ada dan bina satu model yang anda rasa sesuai dan menarik.
Perniagaan pakaian muslimah – Pakaian Muslimah ada pasarannya yang tersendiri. Dalam bahasa business kita panggil Niche market, sebab hanya khas untuk para muslimah yang bertudung. Untuk pastikan perniagaan niche membuatkan anda jadi kaya raya, pastikan perniagaan anda menjadi leader dalam niche tersebut. Boleh dimulakan dengan kecil-kecilan secara trading dan tetapkan satu konsep yang anda rasa ada permintaan yang mencukupi. Perniagaan ini juga boleh dimulakan secara online yang membuatkan kos permulaan tidak berapa tinggi.

Perniagaan pakaian sekolah – Ini satu perniagaan bermusim. Biasanya bila tiba musim nak masuk sekolah, perniagaan ini akan meletup dan mereka yang bijak dapat buat duit dengan banyak. Tapi perlukan modal yang tinggi untuk buat banyak duit. Kalau tak ada modal, boleh mulakan secara kecil-kecilan dan separuh masa bila tiba musimnya.

Perniagaan kasut sekolah – Sama seperti perniagaan di atas, ia merupakan satu perniagaan bermusim. Tetapi kasut sekolah biasanya akan dibeli tidak kira musim sangat. Anak-anak kecil sekolah rendah biasanya amat lasak penggunaan kasut mereka. Jadi jika anda boleh sediakan satu tawaran kasut murah dan dijual secara online terutamanya untuk para ibubapa yang ramai anak lelaki, ada potensi untuk pergi jauh.

Perniagaan kasut selipar – Lihat Asadi, jenama kasut yang semua orang kenal sekarang di negara kita. Dia mulakan secara low profile dan buat kasut-kasut yang murah untuk kegunaan orang ramai. Jika anda ada modal sedikit dan ada idea untuk penjenamaan kasut selipar anda sendiri, boleh mulakan perniagaan ini secara online dan kemudiannya mula edarkan pada kedai-kedai kasut di kawasan luar bandar terlebih dahulu. lama-lama ia akan jadi lebih besar jika idea kasut anda mendapat sambutan.

Perniagaan pakaian sukan – Kedai sukan ada di mana-mana pekan atau bandar di negara kita. Pakaian sukan juga merupakan salah satu perniagaan kegemaran para usahawan kecil yang mulakan perniagaan dengan sistem pembekalan. Mereka bekalkan pada organisasi seperti sekolah, persatuan atau kelab sukan. Jika anda ada kekuatan untuk bina jaringan dan ada lubang tempahan pakaian sukan yang kompetitif, anda juga boleh mulakan perniagaan ini. Boleh juga pasarkan mengikut musim sukan di negara kita dengan kenal pasti pasukan bola atau lain-lain yang mendapat sambutan.

Perniagaan cadar dan selimut – Perniagaan cadar dan selimut mudah dan ada pasaran tinggi sebab ia merupakan salah satu barang yang orang perempuan suka beli. Walaupun cadar yang ada masih elok, orang perempuan akan beli juga satu yang baru dan menarik hatinya. Ia bukan perniagaan bermusim. Asalkan anda ada idea bagaimana menawarkan pilihan yang unik, anda boleh tempah design tersebut dan mula pasarkan. Juga boleh dimulakan secara online. Ada kawan saya yang pasarkan cadar menarik dan sekali buat tawarn mendapat permintaan ratusan ribu.

Perniagaan tudung meja – satu lagi perniagaan yang mensasarkan orang perempuan sebagai pembeli. Tudung meja mudah dibuat samada daripada bahan plastik maupun daripada kain. Jika anda tahu menjahit, boleh design tudung meja yang menarik dan datangkan sekali dengan pakej plastik putsinar. Pemasaran boleh dilakukan melalui FB atau media sosial lain. Jika ada tempahan banyak, boleh mula outsource ke kilang yang mampu keuarkan secara besar-besar. Anda perlu ada idea hebat dan tahu kehendak pasaran.

Perniagaan kain tuala – Ramai orang Pakistan mula berniaga kain tuala di negara kita. Mereka bawa banyak kain tuala dan menjajanya di pusat membeli belah. Mereka sewa sedikit ruang untuk perniagaan mereka. Sekarang saya lihat orang Melayu dah mula jual kain tuala, mungkin mereka ambil dari Pakistan, atau dari Kilang tempatan. Ada juga yang ambil daripada lelongan kain tuala hotel.

Perniagaan ambil upah menjahit – Saya kenal seorang kawan berbangsa Palistan yang berhijrah ke London. Mulanya dia kerja di kilang buat pakaian ambil upah tetap menjahit. Kemudiannya dia minta upah berdasarkan jumlah jahitan. Kemudiannya dia jahit kat rumah dan akhirnya dia buka kilang sehinggalah perniagaan membesar sampai dia jadi multi millionaire. Sekarang anak-anaknya berhijrah ke Malaysia dan punyai tinggalan harta pusaka berjuta-juta dolar.

Perniagaan ambil upah memasak – Cuba tanya jiran-jiran yang anda yang mahu tawaran anda untuk tolong masak. Tentu ada ramai yang mahu tawaran itu dengan harga berpatutan. Bermula daripada satu keluarga akan menjadi dua dan akhirnya akan jadi besar.

Perniagaan khidmat penghantaran – Ini satu lagi perniagaan yang cukup berpotensi tinggi. Perniagaan online tumbuh macam cendawan sekarang. Mereka tentu mahukan khidmat penghantaran. Syarikat penghantaran besar juga perlukan syarikat kecil dan perseorangan untuk support aktiviti mereka. Anda boleh mulakan dengan ambil sub dari syarikat besar tersebut secara persendirian. Lama-lama akan jadi besar ler!

Perniagaan khidmat mengurut – Kalau anda pandai mengurut, ini satu kemahiran yang ada permintaan tinggi. Kalau tak tahu boleh pergi belajar secara formal sampai pandai. Buat marketing melalui internet pasti akan ada saja pelanggan yang mahu datang. Saya kenal seorang tukang urut dari Jelebu yang punyai teknik tersendiri. Dia mula secara parttime sampailah dah jadi fulltime.

Perniagaan khidmat baiki peralatan eletrik – Kalau kita perasan kerja perkhidmatan baiki peralatan letrik ini dikuasai oleh pendatang Bangladesh dan Pakistan sekarang. Kerja ini bukannya sukar sangat tapi memang agak renyah. Jika ada kemahiran anda boleh jimatkan orang ramai untuk baiki peralatan daripada terpaksa beli peralatan baru. Lama-lama perniagaan itu akan membesar.

Perniagaan khidmat pest control – Sebenarnya ini satu perniagaan yang besar. Memerlukan banyak lesen sebelum anda layak menawarkan perkhidmatan pest control pada orang ramai. Untuk dapatka lesen sebenarnya mudah saja. Ambil peperiksaan Pesticide Applicator Licensed dan anda sudah sah menjadi pengamal makhluk perosak dengan menggunakan racun. Mulakan dengan ambil pelanggan persendirian di rumah-rumah sekitar tempat anda tinggal.

Perniagaan khidmat potong rumput – Perniagaan ini juga sudah diambil alih oleh pendatang asing yang cari makan di negara kita terutamanya daripada Bangladesh. Mereka rajin dan jadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka. Anda boleh mulakan dengan hanya membeli mesin potong rumput. Tawarkan perkhidmatan ini pada jiran-jiran anda. Lama-lama anda boleh rekrut pekerja bila pelanggan bertambah.
Perniagaan khidmat menjaga tanaman perhiasan – Ini juga satu perniagaan besar sebenarnya. Syarikat seperti Rent a Pot adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat selenggara tanaman hiasan pejabat. Anda boleh mula tawarkan khidmat memelihara tanaman hisan pada para jiran anda. Anda boleh juga sewa pokok pada mereka dan kerja selanggara anda yang lakukan setiap minggu. Ini boleh menjadi besar bila pelanggan anda bertambah. Asalkan anda minta bercucuk tanam pokok perhiasan.
Perniagaan baiki paip dan kebocoran rumah – Perniagaan ini sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh para pendatang terutamanya dari Indonesia. Orang kita malas atau mungkin tak ada masa. Ramai usahawanbberbangsa Cina yang dah buat duit dengan perniagaan ini sejak lama dulu. Dengan jumlah perumahan yang sentiasa bertambah, ia meningkatkan permintaan. Anda boleh tawarkan pada jiran-jiran di sekeliling anda untuk selesaikan sebarang masalah paip dan kebocoran.

Perniagaan ubah suai rumah atau bangunan – Ini juga perniagaan yang telah diserang ole para pendatang samada dari Indonesia mahupun dari Bangladesh. Mereka tawarkan harga yang murah. Tapi anda boleh dapatkan kerja ubahsuai rumah dengan kualiti dan jaminan yang bermutu tinggi. Pergi ke arah pasaran mewah supaya anda tidak perlu bersaing dengan pendatang dalam industri ini.

Perniagaan hiasan dalaman – Ini satu perniagaan yang dah lama bertapak. Permintaannya semakin tinggi apabila jumlah penduduk berpendapatan pertengahan semkain meningkat di negara kita. Jika anda minat kerja hiasan dalaman, anda ada kelebihan untuk tawarkan pada pelanggan atau kenalan anda. Sasarkan pelanggan mewah dan jangan fokus pada pasaran yang ekonomi.

Perniagaan khidmat cuci rumah dan pejabat – Saya pernah bertemu dengan sekumpulan warga Arab yang berhijrah ke Sweden. Mereka mulakan perniagaan kecil dengan menawarkan khidmat cuci rumah dan pejabat di Sweden. Kini mereka semua jadi jutawan dengan kerja-kerja selenggaraan pejabat dan perumahan.
Perniagaan khidmat kemas rumah dan memasak – Ada lambakan pendatang asing dari Indonesia yang cekap dalam kerja-kerja kemas rumah dan memasak. Gunakan pembantu rumah yang anda ada untuk kembangkan tawaran kerja pada semua jiran anda. Bila pelanggan bertambah, tambah pembantu rumah anda.

Perniagaan khidmat hantar makanan – Pernahkah anda dengar satu syarikat Dawabbala dari India. Kerja mereka hanya hantar makanan yang diambil dari isteri di rumah pelanggan untuk dihantar pada suami mereka yang bertugas di pejabat. Perniagaan ini dikagumi oleh dunia antarabangsa kerana ketepatan dan kecekapan mereka melaksanakan tugas. Kalau anda seorang penghantar surat, anda boleh lakukan tugasan ini dengan bermula dari kecil.

Perniagaan khidmat hantar budak sekolah – Ini perniagaan yang sangat mudah dan semua orang yang ada anak tahu kepentingannya. Jika anda ada anak yang gunakan perkhidmatan bas sekolah tentu anda tahu di mana kelemahan yang boleh diperbaiki. Kelemahan itu adalah peluang dan sudah tentu orang lain juga mengharapkan ada pengusaha bas sekolah yang mampu selesaikan amsalah tersebut. Beli satu van atau bas sekolah dan cari pemandu yang pencen yang mahu tambah pendapatan. Anda dah mulakan perniagaan ini…

Perniagaan khidmat hantar pekerja kilang – Kalau di negeri yang industri perkilangannya hebat, ada anyak peluang untuk perniagaan ini. Kawan saya di Pulau Pinang bermula dengan menggunakan sebuah van hantar pekerja kilang. Sekarang dia ada 30 buah bas dan 70 buah van kilang… semuanya dimulakan dari kecilan-kecilan dan akhirnya dia kaya raya walaupun kelulusannya hanya setakat tingkatan 3.
Perniagaan khidmat jaga kanak-kanak – Banyak kekecewaan di kalangan ibu bapa yang terpaksa hantar anak kecil mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Macam-macam kes ada berlaku sekarang, ada yang anak mereka diberikan pil pelali, anak mereka diikat dan didera dan macam-macam lagi. Jika anda minat jaga anak kecil, anda lemah lembut penyabar, tawarkan perkhidmatan ini pada ibu bapa yang sedang risau di luar sana.

Perniagaan khidmat menjaga binatang peliharaan – Perniagaan ini mungkin sesuai hanya di pusat bandar. Bila orang bandar kesunyian, mereka bela binatang. Bila mereka kerja, binatang mereka perlu diawasi. Begitu juga bila mereka outstation perlu ada orang yang jaga binatang mereka. Permintaan terhadap perkhidmatan ini secara profesional mula bertambah. Ia amat niche dan bukan semua orang mampu lakukannya. Jika anda ada kemahiran, suka binatang dan tahu macam mana nak bela binatang dengan baik, boleh mulakan perniagaan ini.

Perniagaan khidmat potong atau trim pokok – Pokok magga depan rumah saya sentiasa besar dan rendang semula setiap kali dipotong. Bila jadi begitu, jiran-jiran tak suka sebab pokok terlalu besar dan rendang banyak keluarkan daun dan kotorkan rumah mereka. Saya terpaksa umah pekerja Bangladesh untuk potong dan trim pokok mangga tersebut. Banyak lagi orang macam saya yang perlukan khidmat ini. Ini satu peluang perniagaan parttime yang boleh dilakukan hanya pada waktu cuti. Mula secara kecil-kecilan dulu…

Perniagaan kumpul barang buangan kitar semula – Rasanya ramai dah mulakan perniagaan ini. Ramai warga India yang buat kerja ini dan ramai juga warga Bangladesh yang kaut melebihi seribu sebulan hanya dengan aktiviti kumpul barang terbuang. Mungkin anda akan terkejut jika saya katakan bahawa industri kumpul barang kitaran semula ini lahirkan ramai jutawan…!

Perniagaan baik pulih barang lama – Kalau anda ada Astro, anda tentu suka tengok bagaimana kumpulan pulihkan barang lama ini berikan perkhidmatan mereka pada pelanggan. Memang hebat dan pasarannya ada terutamanya dari mereka yang ada duit. Negara kita ada ramai peminat barang antik dan lama, maknanya perniagaan ini boleh saja dimulakan jika anda ada minat dan kemahiran.

Perniagaan baik pulih barang antik – Ini macam kerja d atas juga, tapi lebih menjurus pada hasil koleksi yang mahal. Kalau barang lama pasarannya lebih luas, barang antik pasarannya lebih fokus. Bukan semua orang suka barang antik untuk dibuat koleksi tapi pasaran itu tetap ada dan mewah sebenarnya. Kawan saya beli barang antik, pulihkannya dan jula semula dengan harga berpuluh kali ganda dari asal.

Perniagaan khidmat guaman – Kalau anda lawyer, anda boleh buka perniagaan ini. Kalau anda ada pengalaman kerja di firma peguan, anda juga boleh mulakan perniagaan ini dengan gunakan lesen peguan yang bertauliah. Tak perlu masuk mahkamah, anda hanya buat kerja beli rumah dan urusan berkenaan peguam sahaja.., hasilnya agak mewah seenarnya.

Perniagaan sewa rumah atau sublet – Ramai jadi usahawan hartanah dengan mulakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Terutamanya yang tak ada kerna seperti suri rumah, anda boleh jadi ajen pada tuan rumah kosong yang tinggal berjauhan dari rumahnya. Ada ramai orang yang beli rumah tapi tak duduk sebab berpindah tempat kerja di luar kawasan. Hubungi mereka dan sewa rumah mereka. Sewakan balik pada orang lain dan anda uruskan penyelenggaraan rumah tersebut. Bila ada modal beli dan sewakan…

Perniagaan jual barang lama – Kalau di atas tadi lebih kepada perkhidmatan baik pulih, kali ini lebih kepada trading. Anda beli dan hantar pada kewan yang tahu baik pulih barang lama. Bila dah ok, pasarkan pada siapa yang sudi membelinya. Buat blog atau gunakan FB. Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabut rumah atau pejabat. Ramai yang lebih suka berjimat terutamanya orang bujang atau keluarga yang susah.

Perniagaan jual barang antik – Sama juga dengan barang lama, tapi kali ini adalah barang antik. Barang lama murah, sebaliknya barang antik amat mahal. Jadi sasarannya adalah mereka yang kaya dan ada minta buat koleksi barang antik. Pastikan anda tahu di mana boleh baiki barang antik. Hantar baiki dan pulihkan semula dan dalam pada itu cari pembeli. Sama juga, gunakan blog atau FB.

Perniagaan tuisyen budak sekolah – Ada ramai cikgu yang mula buat kelas tambahan atau tuisyen secara kecil-kecilan akhirnya berhenti kerja cikgu dan buat tuisyen sepenuh masa. pendapatan jauh lebih tinggi daripada kerjaya cikgu. Bukan cikgu juga boleh buat perniagaan ini. Asalkan anda belajar tinggi, boleh saja. Atau sediakan tempat dan cari cikgu untuk kerja dengan pusat tuisyen anda.

Perniagaan urus akaun syarikat – Ini kerja berkemahiran. jika anda ada kelulusan akaun, pernah kerja atau sedang kerja dengan syarikat audit, anda boleh mulakan buat secara separuh masa jaga akaun syarikat kecil. Mulakan dengan satu syarikat dan tambah dan akhirnya boleh buat fulltime.

Perniagaan ajar orang masak – Jika anda suka masak, pandai masak dan ada kemahiran ajar orang masak. Buat kelas ajar memasak. Ramai orang kaya dengan ajar orang masak dan dia tak buka restoranpun. Chef Li yang popular dengan buku jutawan senyap itupun kerjanya ajar orang masak. Cari dapur, sewa dan pasarkan tawaran anda di FB… perniagaan anda dah bermula. Boleh buat secara parttime.

Perniagaan ajar orang menjahit – Sama seperti ajar orang masak, kalau anda ada kemahiran menjahit, ada kemahiran mengajar, maka boleh mulakan perniagaan ajar orang menjahit. Tak perlu ajar semua kemahiran menjahit dengan berbagai jenis pakaian. Cari jenis pakaian apa yang anda paling mahir dan tawarkan mengajar bab itu saja. Lebih fokus dan mudah. Pasarkan di FB dan blog, sewa psat menjahit pada hujung minggu dan perniagaan anda sudah bermula.

Perniagaan ajar orang berniaga – Ini juga satu jenis perniagaan yang besar pasarannya. Seeloknya anda ada kemahiran mengajar dan ada perniagaan yang terbukti mampu sara kehidupan anda. Ajar orang apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan kalau nak berniaga. Saya buat testing dengan tawaran ajar orang berniaga ini, dan sambutannya amat menggalakkan.

Perniagaan baik pulih perniagaan – Jika anda ada kerajinan dan daya analitikal yang tinggi. Dan ada juga ada ramai kenalan dari berbagai kemahiran dalam berbagai industri. Anda boleh buat tawaran untuk pulihkan perniagaan orang. Biasanya taukeh akan sesat dan hilang arah di dalam perniagaannya sendiri. Bila ada orang luar membantu pulihkan perniagaannya, adalah lebih mudah kerana idea segar dan baru akan disuntik.

Perniagaan ajar orang bertani – Ramai juga yang dah lemas hidup di bandar. Mereka ada tanah dan nak bertani, tapi tak ada ilmu. Jika anda ada kemahiran dan pengalaman bertani, ramai yang mahu belajar. Pastikan ada sekali latihan praktikal dan pilih tanaman yang terbukti berjaya mampu jana wang. Ada seorang kawan yang tanam nangka madu dan pendapatan yang dijana sebulan tak kurang dari RM25 ribu !.

Perniagaan ajar orang memimpin – Negara kita kekurangan mereka yang mampu memimpin dengan baik. Ramai yang teringin nak jadi pemimpin tapi tak tahu mana nak mula. Di luar negara, ilmu kepimpinan mendapat permintaan tinggi dari mereka yang mahu melonjakkan kerjaya. Jika anda ada kemahiran memberikan ceramah, memberi motivasi dan berpengalaman memimpin, boleh anjurkan tawaran kelas latihan samada secara berterusan atau sekali sekala.

Perniagaan ajar orang jaga kesihatan – Ini dah jadi satu perniagaan yang semakin popular. Ada ramai pembimbing kesihatan peribadi muncul untuk membimbing mereka yang mahu jaga dan kekalkan kesihatan. Pastikan anda sendiri seorang yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat. Diri anda sendiri boleh dijadikan sebagai testimoni kejayaan teknik jaga kesihatan yang anda amalkan.

Perniagaan ajar seni pertahanan diri – Saya suka tonton cerita Ip Man, bekas guru Bruce Lee yang mahir dalam seni Win Chun. Jika anda pandai seni silat atau mana-mana seni pertahankan diri lain, anda ada kelebihan untuk buka kelas secara kecil-kecialan.

Perniagaan ajar orang beli saham atau melabur – Ini dah ramai yang anjurkan. Ada banyak kelas yang mengajar orang ramai macam mana nak main saham dan jadi kaya. Jika anda jadikan kaya sebagai daya tarikan, pastikan anda sendiri kaya dengan main saham. Jika tidak, cukup sekadar berikan ilmu penting asas bagaimana nak mula dan main saham. Tentu ramai yang mahu belajar.

Perniagaan ajar orang ilmu hartanah – Ini pun dah ramai yang anjurkan. Biasanya mereka yang dah buktikan diri mereka berjaya dengan ilmu hartanah dan jadi kaya akan mula anjurkan kelas hartanah. Mereka mahu ajar teknik yang dah mereka amalkan dan terbukti berkesan. Dalam masa yang sama mereka mahu kembangkan lagi jaringan kenalan pemain hartanah. Jika anda ada ilmu tersebut, bolah buat kelas sambilan untuk mereka yang baru nak mula.

Perniagaan ajar orang menulis – Sejak dunia internet berkembang maju, semakin ramai orang yang ingin mengasah bakat menulis mereka. Banyak kegunaannya, terutamanya untuk kembangkan perniagaan menggunakan teknologi internet. Ada juga yang teringin nak tulis buku, ada yang nak luahkan pemikiran agar dapat dikongsikan oleh orang lain dengan lebih ramai. Jika anda cikgu atau ada pengalaman dalam dunia penulisan, boleh mula buat bisnes ajar orang menulis secara sambilan dan kecil-kecilan. Insyaallah ada sambutan.

Perniagaan ajar orang berkomunikasi – Tak guna otak bijak, tapi tak mampu sampaikan pada orang lain walaupun perkara yang asas. Ramai orang yang berjaya walaupun tak berapa hebat pencapaian akademiknya adalah kerana kebolehan berkomunikasi dengan baik. Ramai pemimpin yang ada di atas juga banyak dibantu oleh kebolehan berkomunikasi. Ramai yang dah sedar kepentingannya dan jika anda ada kemahiran dalam bab ini, buka kelas dan ajarlah orang ramai. Tentu ramai yang mahu.

Perniagaan ajar orang berenang – Masa kecil dulu, hanya kanak-kanak nakal saja yang akan tahu berenang. Sebab mereka curi-curi mandi sungai. Sekarang, tak ada sungai dalam bandar. kalau adapun kotor. Ramai yang tak ada kemahiran untuk berenang sedangkan ianya adalah senaman yang amat baik. Jika anda ada kemahiran ajar berenang, tawarkan saja pada jiran dan rakan. Ajar mereka dan anak-anak mereka secara peribadi setiap minggu. Ramai yang berminat nak belajar berenang.

Perniagaan ajar orang hias rumah – dah ramai yang jual barang perhiasan rumah. Ramai juga yang usahakan bisnes khidmat hias rumah. Jika anda ada kemahiran dalam industri hiasan dalaman, buka saja kelas untuk ajar mereka samada surirumah atau individu pain yang nak ceburkan diri dalam dunia perhiasan dalaman. Sambil ajar hias rumah anda juga boleh jual produk yang berkaitan.

Perniagaan jual buku online – Anda tentu tahu tentang Amazon.com yang bermula hanya dengan idea untuk menjadikan internet sebagai platform menjual buku. Memang susah kalau nak lawan amazon yang dah bertukar menjadi raksaksa besar dalam dunia jualan berbagai produk. Tapi masih ada ruang sebenarnya jika anda minat pada buku. Apatah lagi jika anda mampu menulis buku atau ada keupayaan kumpulkan buku lama dan pasarkannya di internet.

Perniagaan jual ebook online – Ini satu lagi peluang perniagaan yang masuk dalam kategori buku juga, tapi bukan secara cetakan. Ada usahawan yang jadikan perniagaan e-book ini sebagai perniagaan dengan memasarkan tajuk-tajuk penulisan menarik dalam bahasa melayu. Saya dengar pendapatannya mencecah RM20 ribu sebulan hasil daripada jualan ebook sahaja. Jika anda ada masa belajarlah buat ebook dan jual sendiri secara online.

Perniagaan ajar orang baik pulih kenderaan – Perniagaan yang berhubung kait dengan ilmu selenggara peralatan ini memang ada potensi. Bukan saja untuk mereka yang minat nak baiki kenderaan mereka sendiri, malah juga untuk mereka yang nak dapatkan kerja dalam bidang baiki kenderaan ataupun nak buka bengkel kenderaan.

Perniagaan jual basikal – Sekarang amat mudah untuk anda beli basikal daripada negara China atau negara lain. Boleh order secara online, buat bayaran dan basikal akan dihantar pada anda. Anda boleh cuba buat yang sama dengan gabungkan parts basikal berkualiti dari berbagai sumber, pasang sendiri sebagai prototype dan pasarkan melalui internet. Semua ini boleh berlaku dengan kemudahan teknologi dan rangkaian logistik yang hebat.

Perniagaan kedai runcit – Tak perlu nak cerita panjang tentang perniagaan ini. Ramai orang melayu dah pandai buka dan uruskan kedai runcit. Kalau ada modal RM100 ribu, anda boleh dapatkan barangan bernilai sekurang-kurangnya RM200 ribu sebagai permulaa untuk isi para di kedai runcit anda.

Perniagaan khidmat jaga orang tua – Ini satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai dalam zaman ini. Kedua-dua tunggak utama keluarga iaitu suami isteri bekerja dan hampir semua orang sibuk dengan urusan dunia masing-masing. Bila ibu tua di kampung semakin lemah, tak ada orang nak jaga dengan baik segala kebajikan makan dan minum ibu tua tersebut. Jika anda jenis suka bela orang tua, ada kenal kawan-kawan yang begitu dan ada masa, tawarkan khidmat jaga orang tua macam sistem nursery kanak-kanak. Tapi bukan untuk kanak-kanak sebaliknya untuk orang tua.. ada faham? buatlah!

Perniagaan beli dan jual barang (Trading) – Jika anda ada kenalan ramai dari kalangan pembuatan barangan, anda ada kelebihan untuk bincang kredit dan harga yang baik. Gunakan peluang itu untuk buat trading samada dengan kerajaan atau dengan pihak swasta. Atau beli saja barang dari negeri China.

Perniagaan jual produk herba – Anda mungkin jenis awet muda sebab kuat makan herba atau makan ulam. Anda pula asal dari kampung dan banyak mendapat ilmu daripada orang tua kampung berkenaan keajaiban herba dan kegunaannya untuk kesihatan. Jika ada semua itu, jangan pendamkan saja ilmu bermanfaat itu, kembangkannya jadi perniagaan secara kecil-kecialan terlebih dahulu. Lama-lama akan membesar dan maju sampai anak cucu.

Perniagaan jual minyak wangi – Ini perniagaan yang dah terlalu biasa. Ramai yang dah tahu dan ramai yang dah berjaya. Minyak wangi ada berbagai jenis sekarang ini. Ada yang sasarkan pengguna berorientasikan keagamaan dan ada juga yang sasarkan pengguna biasa untuk ketrampilan. Walau apapun sasaran anda, perniagaan ini masih tetap relevan. Mulakan secara kecil-kecilan tapi jangan lupa untuk pergi ke pasaran mewah atau separa mewah dengan dapatkan hak pemasaran dan pengedaran perfume baru jenama luar negara atau dalam negara.

Perniagaan jual ikan kering – Kalau tak salah saya, Pekan Bukit Mertajam punyai bekalan ikan kering yang amat murah berbanding negeri lain di semenanjung. Kalau ada akses di Sabah, mungkin boleh dapat bekalan murah dan banyak juga. Kalau ada kemahiran buat ikan kering sendiri lagi bagus dan ketengahkan ikan kering buatan orang Islam yang halal serta toiyiba.

Perniagaan jual kerepek – Ini salah satu perniagaan yang paling awal saya libatkan diri ketika belajar. Matapelajaran keusahawanan yang saya ambil menjadikan bisnes krepek sebagai latihan praktikal yang perlu saya buat. Ianya banyak memberikan saya pengalaman menghindari perasaan malu. Jika anda pandai menjual dan pandai membina penjenamaan, bisnes kerepek ini boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan ada potensi untuk tambah pendapatan dan pendedahan awal dalam dunia keusahawanan.

Perniagaan jual keropok leko mentah – Siapa tak kenal keropok leko. Saya tak pasti hasil usaha siapa yang membuatkan keropok leko menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Tapi di negeri lain saya lihat masih ada banyak ruang untuk dipopularkan. Tak payah nak buat sendiri, ambil saja dari Pantai Timur dan pasarkan ke negeri selain dari Selangor atau Lembah Kelang.

Perniagaan jual ikan bilis – Ada cerita seorang pemuda yang jadi kaya raya apabila memasarkan perniagaan ikan bilisnya melalui internet. Ia mendapat tempahan besar dari negara Jepun dan membuatkan perniagaannya jadi besar. Orang Sabah ada kelebihan untuk jalankan perniagaan ini. Mulakan dengan mencari pasaran di Semenanjung dan kemudiannya ke luar negara. Jangan lupa gunakan internet, mana tahu anda juga boleh jadi Jutawan Ikan Bilis.

Perniagaan jual mee mentah – Ada kawan saya yang hantar isterinya belajar buat mee kuning. Bila dah pandai dia balik Terengganu dan mula usahakan perniagaan membekalkan mee mentah ini di Kualau Terengganu. Permintaan amat tinggi dan masalah nak cari pekerja pulak datang. Akhirnya dia tutup kedai sebab tak ada daya tahan selesaikan masalah untuk besarkan dan mudahkan perniagaannya. Ertinya perniagaan ini sentiasa ada pasaran, jika anda jenis nekad untuk selesaikan masalah sampai berjaya, buat mee dan jual secara kecil-kecialan terlebih dahulu.

Perniagaan cuci kenderaan – Rasanya perniagaan ini telah menjadi satu perniagaan segera yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ramai yang menjalankannya dan kebanyakan pekerja adalah dari kalangan warga bangladesh. Ada juga kedai basuh kereta yang taukehnya sendiri adalah warga bangladesh. Kalau anda ada kawasan strategik, ada citarasa tinggi untuk basuh kereta, apa lagi? mulakan saja…

Perniagaan jual theme wordpress – Ada seorang pemuda dari India yang pandai buat template untuk website dan blog dengan menggunakan wordpress. Dia reka dengan baik dan menjualnya secara online. Hasil dari satu theme saja dia terus jadi jutawan. Anda ada kepakaran? ada citarasa baik dalam rekabentuk template? boleh cuba-cuba reka atau biarkan orang reka dan anda menjualnya.

Perniagaan barang kosmetik wanita – Industri perniagaan barang kosmetik kaum wanita ini melahirkan ramai jutawan di negara kita dan juga di seluruh dunia. Barang kosmetik berasaskan herba mendapat tempat yang baik di seluruh dunia sekarang. Jika anda ada ilmu berkenaan industri ini dan ada kenal pengeluar barangan kosmetik yang berkualiti, boleh mulakan segera untuk pasarkannya pada orang ramai. Lama-lama boleh buat jenama anda sendiri, insyaallah.

Perniagaan menguruskan wanita bersalin – Di bandar agak sukar untuk cari bidan yang datang kerumah untuk jaga wanita yang baru lepas bersalin. Dulu kat kampung agak mudah, tapi sekarang kalau adapun, ramai yang tak ada ilmu bagaimana nak jaga wanita lepas bersalin agar kembali mantap seperti sediakala bila sihat nanti. Anda yang ada kemahiran, boleh tawarkan pada yang berminat, buka tempahan dan gunakan konsep tempahan online.

Perniagaan bawa orang mengembara – Ini satu perniagaan khas untuk mereka yang memang kaki mengembara dan dah banyak pengalaman mengembara. Elok tawarkan saja pada yang berminat untuk turut serta trip pengembaraan anda selepas ini. Uruskan semua keperluan untuk pelanggan yang berminat dan rangka pengembaraan berdasarkan minat pelanggan samada santai, lasak, bajet, sederhana mewah dan sebagainya.

Akhirnya dapat juga saya senaraikan 100 idea perniagaan kecil berdasarkan apa yang sering saya lihat di sekeliling kita. Sudah tentu semua pembaca dapat menambah 100 lagi idea perniagaan kecil yang tidak saya senaraikan di atas.

Peringatan untuk mereka yang nak memulakan idea perniagaan kecil!

Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.

Sumber : hidupringkas

.

.